Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta’ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka),sayangilah/kasilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian.”

(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Isnin, 17 Februari 2014

PENGERTIAN DAKWAH

Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u, da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu dan menjemput.

Dari segi istilah pula ialah mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk. Menyuruh mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Secara umumnya dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa dakwah itu adalah satu usaha mengajak manusia beriman kepada Allah dengan membenarkan segala apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. Dakwah juga mengajak manusia mencontohi akhlak yang telah ditunjuk dan diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Dakwah dapat ditinjau dari dua sudut yang berbeza seperti :
  • Maksud dakwah secara umum, ialah suatu ilmu pengetahuan yang berisi kaedah-kaedah dan tuntunan-tuntunan bagaimana cara sebaiknya untuk pendakwah itu menarik perhatian atau minat seseorang untuk menganut, menyetujui dan melaksanakan suatu ideologi tertentu.
  • Dakwah menurut Islam pula ialah mengajak seseorang dengan penuh kebijaksanaan ke arah jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk kemaslahatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Firman Allah yang berbunyi :

“Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang.” (Al-Maidah : 56)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan