Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta’ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka),sayangilah/kasilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian.”

(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Isnin, 14 April 2014

Zikir juga satu pembaziran jika......

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]

Malah dalam teks sebenar ini sifat membazir itu amat hina se
hingga ALLAH mempersaudarakan orang yang membazir itu dengan syaitan.
Tapi, kenapa antara sifat2 mazmumah yang ada, sifat membazir jugak yang menjadikan seseorang saudara syaitan? Tidak lain dan tidak bukan dalam diri orang yang membazir itu ada perasaan takabbur kerana tidaklah seseorang itu membazir melainkan dia merasakan dirinya punya kelebihan. Dan sesu
ngguhnya sifat takabbur itu juga ada pada syaitan.
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka 
sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir."
[Surah al-Baqarah : 34]
Tidaklah ALLAH menghukum iblis itu kerana dia melakukan kesalahan. Nabi Adam a.s juga melakukan kesalahan ketika memakan buah dari pohon terlarang di syurga namun kerana sifat TAKABBUR yang ada pada iblis; merasai dirinya LEBIH dari yang lain, maka ia dihukum. Namun samada sesorang itu takabbur atau tidak, ALLAH jualah yang lebih mengetahui..

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa ta
kabbur"
[Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah s.w.t.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah s.w.t.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu mem
bazir jika tidak memberi kesan kepada hati. (contohnya: berzikir dengan penuh riak menunjuk-nunjuk,berzikir lebih kepada hiburan duniawi dengan irama paluan gendang atau alat muzik ,zikir dengan terjerit-jerit tanpa sebarang faedah dan sebagainya)


Adab dan Syarat Zikir

Berkata Syeikh Ali Al-Marshafi RA di dalam kitabnya Manhajus-Salik. Terdapat banyak adab dan syarat zikir, antara yang terpenting ialah:

1. Bertaubat terlebih dahulu
Iaitu dengan menepati segala rukun taubat dan menampakkan diri semacam penyesalan yang sungguh-sungguh.

2. Menyelesaikan fardhu terlebih dahulu
Fardhu diibaratkan pokok sedangkan zikir adalah bajanya. Apa yang mahu dibaja sedangkan pokoknya tiada.

3. Melazimkan diri dalam kesucian
Iaitu bermandi dan berwudhuk serta menghadap kiblat.

4. Hendaklah menyimpan harapan yang baik di dalam hati ketika memulakan zikir
Jangan meragukan bahawa Allah tidak menerimanya.

5. Duduk berzikir di tempat yang bersih dan suci dari kekotoran
Ini kerana zikir itu menyebut dan mengingati Allah.

6. Mewangikan tempat duduk dan diri semasa berzikir
Ini kerana tempat berzikir itu tidak sepi dari didatangi malaikat dan kaum jin di samping memeriahkan halaqah zikir.

7. Memakai pakaian yang bersih
Agar suasana menjadi nyaman dan tidak mengganggu hidung dan mata orang-orang yang berzikir.

8. Bersikap ikhlas
Membersihkan diri daripada segala macam sifat riak dan keraguan.

9. Hendaklah memilih zikirnya itu dengan lafaz

لا إله إلا الله
Menghormatinya dengan kekuatan yang sempurna dan dengan mengangkat suaranya pada lafaz إلا اللهdari batas pusat ke atas dua belah bahagian dadanya dan melenggokkan kepalanya dari kanan ke kiri (membayangkan pukulan zikrullah ke dalam degupan jantung).

Apa yang Perlu Dilakukan Selepas Berzikir
  1. Berdiam diri sebentar kerana apabila berdiam diri akan khusyuk dan tenteram hatinya.
  2. Hendaklah menarik nafas yang panjang-panjang dan berkali-kali agar mencahayakan hati Bashirah yakni mata hati dan membukakan hijab hati.
  3. Menahan diri dari meminum air sebaik-baik sahaja selepas berzikir kerana zikir itu membakar jiwa. Iaitu menghangatkan tubuh dan menimbulkan kelazatan dan keharuan dalam diri sedangkan meminum air selepas berzikir akan memadamkan semua perasaan tersebut.
Semoga artikal/bahan diatas memberi manfaat kepada kita semua.

Wallahualam.

Sabtu, 12 April 2014

Ziarah Ukhuwah ke Perkampungan Orang Asli Kg Lalang [ Bergambar ]

”Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya”. (Al-Ankabut, ayat 69)

--------------

11 April 2014: Ulu Kinta Perak --- Demi merapatkan ukhuwah dengan masyarakat Orang Asli(Muslim),Tuatan Rahmat Cawangan Perak telah mengambil inisiatif mengadakan program berbentuk Ziarah diperkampungan Orang Asli diKampung Lalang.

Program ini yang bermula dengan sessi taklimat ringkas di Masjid An-Nur Ulu Kinta selepas solat Asar merupakan aktiviti perkenalan (Program Pertama) bagi Tautan Rahmat Perak atas tujuan dakwah Islamiah, ramai warga Tautan Rahmat kali ini  dapat merasai pengalaman pertama mengharungi laluan tanah berbukit, kawasan hutan, anak sungai, ladang getah dan ladang kelapa sawit untuk tiba di perkampungan ini yang jaraknya lebih kurang 10 km dari jalan utama  menggunakan 5 buah kenderaan pacuan empat roda. Warga Tautan Rahmat Perak telah
Ust Samad
bermalam dikampung Orang Asli disebuah binaan ( dewan berbagai guna) dari kayu dan buluh yang lokasinya berhampiran dengan anak sungai yang jernih mengalir.
Ustaz Akmal Timbalan Pengerusi Tautan Rahmat Perak yang mengetuai program ini  berkata, program tersebut merupakan antara usaha Tautan Rahmat dalam mendampingi masyarakat Orang Asli terutamanya di negeri Perak.

"Seramai 20 warga Tautan Rahmat Perak menyertai program ke perkampungan tersebut bagi menimba pengalaman dan kefahaman tentang kehidupan kebudayaan adat resam dan pemikiran masyarakat Orang Asli terutama yang beragama Islam,dan untuk kali pertama ini pihak kita lebih kepada aspek
 perkenalan dengan program ini” kata Akmal.

Ust Abdul Halim
Tuatan Rahmat Perak amat bertuah sekali kerana telah dibantu oleh 2 pendakwah (Mubaligh) iaitu Ust Samad dan Ust Abdul Halim yang sudah sekian lama mendampingi Orang Asli di kampung Lalang ini. Turut membantu ialah Tuan Haji Azmi yang sudah lama berpengalaman bersama Orang Asli.

Kampung Lalang adalah salah satu kampung yang terdapat di didalam gugusan Kampung Makmur,diantara kampung berdekatan ialah Kampung Jambu,Kampung Dollah,Kampung Tonggang dan Kampung Kulim. Orang Asli diperkampungan ini adalah dari Suku Temiar.

Tok Ketua Wan Strim
Kampung Lalang yang mempunyai 14 buah rumah serta mempunyai penduduk sekitar 100 orang dan Sdr Wan Strim Bin Alang,30, adalah Ketua Kampung Tersebut.

Kehadiran Tautan Rahmat Perak kali yang pertama ini disambut baik oleh seluruh penduduk Kampung Lalang.

“Dengan adanya berbagai pihak seperti Tautan Rahmat bagi usaha dakwah dalam konsep
merapatkan ukhuwah Islamiah yang dijalankan kepada masyarakat Orang Aslisebenarnya amat dinanti-nantikan oleh mereka (Orang Asli),malah program sebegini perlu berterusan dan bukan sekadar menjalinkan ukhuwah,tetapi Orang Asli (Muslim) juga perlukan bimbingan tunjuk ajar berkaitan Islam dalam kehidupan mereka"- Kata Ust Abdul Halim.

Berikut gambar-gambar menarik sekitar program di Kampung Lalang:
Taklimat dan berdoa untuk keselamatan program di Masjid An-Nur
Cuaca hujan ketika permulaan perjalanan
Meredah sungai
Anak sungai ini terpaksa dilalui kerana tiada jambatan yang menghubungi ke Kg Lalang dan menjadi laluan utama untuk ke Kg Lalang yang berada diseberang sungai. 
Timbalan Pengerusi Tautan Rahmat turut sertai program kali ini
Alhamdullillah...sudah sampai ke destinasi yang dituju
Warga Tautan Rahmat dibantu penduduk mengangkat barang-barang yang dibawa
*Maduh - maduh....Anak-anak Orang Kampung Lalang turut berlari datang....
*ie luk gah...??? 
MasyaAllah...Adik Moriss turut membantu, tungku masak dibawanya...
Adik Fauzi (Baju Merah) dan kawanya suka sangat dengan kehadiran warga Tautan Rahmat
Ziarah rumah ke rumah dilakukan bagi lebih mengenali Orang Asli Kg Lalang
Mesra: Alang (Gambar kecil) tuan rumah yang sudi menerima kunjungan warga Tautan Rahmat
Ukhuwah Islam itu indah: Tuan Haji Azmi sedang memeriksa tekanan darah Orang Asli
Anak-anak Orang Asli turut solat maghrib berjemaah 
Berdoa bersama-sama
Ust Abdul Halim (Baju warna pink) mahir berbahasa suku Temiar sedang berucap
Anak muda Orang Asli Kg Lalang turut datang ke majlis pada sebelah malam
Anak-anak Orang Asli menerima sedikit buah tangan yang dibawa
Masya Allah....Mengejutkan : Warga Tuatan Rahmat bertuah kerana berpeluang menyaksikan majlis akad nikah pasangan Orang Asli dan pengantin lelaki Ainin Bin Masir (21) akan melafas dua kalimah syahadah untuk menjadi saudara baru Islam sebelum di ijab kabul dengan Hasnisa Binti Omar (17) dan Ust Samad menjadi jurunikah pada pasangan ini, Tautan Rahmat tidak dimaklumkan perkara tersebut sebelum ini.
Setelah memeluk Islam majlis akad nikah dilangsungkan
Alhamdullillah... Ainin dan Hasnisa kini menjadi pasangan Islam suami isteri yang sah
"Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu
" 
Warga Tautan Rahmat bergambar dengan pengantin baru....
*Madoh Cak... A gok seng geing..
Che rok a kal..
................
Rasulullah Saw. bersabda,
"إن رجلاً زار أخًا له في قرية أخرى، فأرصد الله تعالى على مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا، فلما أتى عليه، قال: أين تريد؟ قال: أريد أخًا لي في هذه القرية، قال: هل لك من نعمة تَرُبُّها عليه؟ قال: لا، غير أنني أحببته في الله تعالى، قال: فإني رسول الله إليك أخبرك بأن الله قد أحبَّك كما أحببْتَه فيه"
"Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di tengah perjalanan, Allah mengutus malaikat-Nya. Ketika berjumpa, malaikat bertanya, "Mau kemana?" Orang tersebut menjawab, "Saya mau mengunjungi saudara di desa ini." Malaikat bertanya, "Apakah kau ingin mendapatkan sesuatu keuntungan darinya?" Ia menjawab, "Tidak. Aku mengunjunginya hanya karena aku mencintainya karena Allah." Malaikat pun berkata, "Sungguh utusan Allah yang diutus padamu memberi kabar untukmu, bahwa Allah telah mencintaimu, sebagaimana kau mencintai saudaramu karena-Nya." (HR. Imam Muslim).

...................
* Bahasa Temiar:
Maduh - maduh = mari-mari
ie luk gah = Apa khabar
Madoh Cak = mari makan
A gok seng geing = Jangan malu
Che rok a kal = nanti lapar
ie luk ha thee ell = Apa kamu buat
Hoo ie = Tiada 
Chend = Mahu
Cohk = Siapa
Ma = Kamu
Ei = Saya

Selasa, 8 April 2014

SOLAT & GANJARANNYA

"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat malainkan kepada orang2 yang khusyuk." - [Al-Baqarah : 45]

1. Besarnya ganjaran solat di Masjil Haram 100,000 ganjaran solat.

2. Besarnya ganjaran solat di Masjib Nabawi 1000 ganjanran solat.

3. Begitu juga ganjaran solat di Masjid Aqsa 500 ganjaran solat

4. Jika tak mampu solat di sana, solatlah di masjid berjemaah atau berjemaah di mana-mana sahaja ganjarannya dapat 27 darjat.

5. Tak mampu juga solatlah sendirian walaupun hanya 1 ganjarannya. Kerana solat itu wajib untuk umat Islam.

TAPI SAYANG KALAU KITA TAK SOLAT

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang mengambil mudah akan solat, Allah akan menghukumnya. 6 daripadanya di dunia, 3 ketika hendak meninggal dunia, 3 ketika di dalam kubur dan 3 lagi ketika bangkit dari kubur."

Marilah kita bersama-sama menjaga solat kita.
Solat itu umpama tiang pada sesebuah rumah. 

Jika asas tiangnya tidak kukuh, maka robohlah rumah itu. Rumah itu umpama agama kita. Jika kita tidak solat, maka runtuhlah agama kita di sisi Allah.

Wallahualam. 

Kebesaran Allah SWT mencipta Molekul Ais yang indah

“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”….

Adakah di antara Anda yang mengetahui apa lukisan dekoratif yang indah ini ? 

Sebahagian dari kita mungkin menyangka bahawa lukisan ini adalah hasil karya pelukis yang memang berbakat. 

Gambar ini bukanlah sebuah lukisan tangan manusia , tapi salah satu ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.
Gambar-gambar ini adalah bahagian kecil dari molekul ais yang dibesarkan ratusan kali ganda. 

Para ilmuan yang menemui reka bentuk  partikel ais yang sangat indah ini mengatakan, di dunia ini sejak awal penciptaan alam ini  sehingga sekarang ini tidak pernah ditemui dua partikel ais  yang menyamai diantara satu dengan yang lain. 

Setiap partikel ais berbeza reka bentuknya dari yang satu dengan yang lain, padahal semuanya terbentuk daripada sumber  air yang sama. Maha Suci Allah yang telah berfirman:
(صنع الله الذي أتقن كل شيء)! النمل 88
“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”



Sumber: https://www.facebook.com/notes/misteri-keajaiban-alam-fake-fact/indahnya-molekul-ais-ciptaan-allah-swt/214491698572914

Sabtu, 5 April 2014

Tangan gadis dipotong kerana memberi sedekah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. 

Gambar Hiasan
Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. 

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina. 

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. 

Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. 

Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. 

Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. 

Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. 

Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu." 

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. 

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. 

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t." 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Jumaat, 4 April 2014

Sejarah Solat Lima Waktu

Gambar sekadar hiasan
Subuh
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

·         Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
·         Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

·         Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
·         Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
·         Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
·         Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

·         Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
·         Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
·         Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
·         Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

·         Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
·         Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
·         Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

·         Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
·         Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
·         Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
·         Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun




Tautan Rahmat: Kongsikan sejarah solat lima waktu ini kepada rakan-rakan muslim yang lain.

SIFAT KEDEKUT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Di zaman dahulu ada seorang ahli sufi yang bernama As Saturi, pada suatu hari beliau bersama rakan-rakannya telah dijemput makan oleh seorang kaya yang kedekut.

Ketika sampai di rumah orang kaya tersebut,  hidangan seekor kambing bakar telah tersedia.

Orang kaya yang kedekut tadi pun menjemput As Saturi dan rakan-rakannya untuk makan dengan harapan mereka hanya makan sedikit sahaja. 

Namun sangkaan tuan rumah yang kedekut itu meleset kerana As Saturi makan dengan bersungguh-sungguh sehinggakan orang kaya kedekut itu sangat bimbang dan merasa sempit dadanya serta tidak senang melihatnya.

Orang kaya tersebut jenuh memikirkan bagaimanakah caranya untuk menghentikan tetamunya daripada terus menjamah makanan. 

Lalu beliau memanggil pelayannya. "Haa pelayan! pergi angkat sisa makanan untuk hidangan anak-anak didapur." Kata orang kaya kedekut itu kepada pelayannya.

Apabila mendengar arahan tersebut,  para tetamu terus memberhentikan makan mereka.

Hidangan kambing sedap tadi terus diangkat kedapur.

As Saturi yang melihat situasi itu bergegas bangun dan terus mengikut pelayan-pelayan itu ke dapur. 

Orang kaya yang kedekut itu bila melihat gelagat As Saturi terus bertanya kepadanya. "Tuan mahu kemana?" Tanya orang kaya kedekut.

"Saya mahu makan bersama kanak-kanak didapur." Jawab As Saturi. 

Orang kaya kedekut berasa malu kerana sifat kedekutnya dapat dihidu oleh As Saturi dan tetamu yang lain.

Akhirnya kambing tersebut dihidangkan semula kepada para tetamu yang lain.

Sifat orang kedekut
1. Hatinya sentiasa resah gelisah.
2. Bimbang nikmat yang diperolehinya terlepas ketangan orang lain.
3. Sentiasa berusaha agar dirinya sahaja yang mendapat nikmat sedangkan orang lain dilupakan

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:  Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya, ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.


Wallahu A'lam 
Ust que s -Tautan Rahmat Perak-

Kenali Tautan Rahmat Perak

Tautan Rahmat Cawangan Perak mengalu-alukan penyertaan para sukarelawan
Jika berminat
Sila lengkapkan borang  di SINI

Selasa, 1 April 2014

Ikhtilat: Pencampuran wanita dan lelaki


Ikhtilat ?

Ikhtilat ialah pencampuran wanita dan lelaki (sama ada persendirian atau berkumpulan). 

Pencampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka (lelaki dan wanita) bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. 

Mengikut takrif Dr. Majid Zindani seorang ulama Yaman, ikhtilat yang dilarang adalah percampuran yang terdapat keraguan (perkara yang menjerumus kepada benda-benda yang haram).

Terdapat dua pendapat di kalangan para ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.

1. Termasuk di dalam perkara yang dilarang .

2. Termasuk di dalam perkara yang diharuskan (Mubah)

LARANGAN IKHTILAT
Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.
Maksud dari sabda nabi SAW :

"Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya."

KEHARUSAN IKHTILAT
Dr Yusuf al-Qardawi pernah berkata : "Perhimpunan antara lelaki dan perempuan adalah tidak haram, malahan ianya harus dan dituntut sekiranya mempunyai tujuan yang baik yang perlu dibuat bersama seperti menuntut ilmu, amal soleh, aktiviti kebajikan, jihad fardu dan sebagainya yang memerlukan penggabungan antara dua pihak."
Contoh : 
1) 'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh syara` seperti dalam urusan jual beli. 
2) 'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu.
3) 'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. 
4) 'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah seperti membantu para pejuang, memberi minum, merawat dll.
5) 'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam. Tetapi kalau ada kenderaan yang khas untuk wanita itu lebih baik.

Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh itu para wanita tetap wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya.

Ikhtilat yang diharuskan oleh Islam hendaklah mengandungi etika dan syarat-syarat seperti berikut: 
1. Tidak berkhalwat lelaki dan perempuan (bersunyi-sunyian) 
2. Tidak ada pandangan yang disertai dengan pandangan nafsu syahwat. 
3. Cara berpakaian yang mengikut syariat Islam. Tidak menunjukkan perhiasannya melainkan apa yg telah terzahir (muka dan tapak tangan) 
4. Tidak melunak-lunakkan percakapan bagi wanita. 
Firman Allah: "Maka janganlah perempuan melunakkan suara sehingga menimbulkan keinginan lelaki yang mempunyai penyakit hati dan katalah perkataan yang baik-baik." (QS, Ahzab: 32) 
5. Cara wanita berjalan yang tidak menarik perhatian.  Firman Allah: "Maka janganlah wanita itu menghentak kakinya supaya diketahui perhiasan yang tersembunyi." (QS, Nur: 31) 
6. Tidak memakai wangi-wangian bagi wanita. "Mana-mana wanita yang memakai wangian dan berjalan di sekumpulan lelaki maka dia adalah penzina."  (HR: Tirmizi) 
7. Ada sebab dan keperluan yang munasabah, seperti dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan.
8. Tidak ada sentuhan antara lelaki dan perempuan "Lebih baik seorang lelaki itu bersesak-sesak dengan babi yang berlumuran tanah daripada dia bersesak-sesak bahunya dengan perempuan yang bukan mahram."(HR: Thabrani) 
9. Tidak saling bertembung atau berselisih tubuh.
"Bila kamu bertemu dua org perempuan janganlah lalu dicelah-celah keduanya." (HR: Baihaqi)

KESIMPULAN :
Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram. Ramai wanita memandang ringan perkara ini. Contohnya membuka aurat atau bersalaman dengan sepupu atau abang ipar dengan alasan mereka adalah keluarga rapat.

Wallahu a'lam - Doakan istiqamah Ust Kay.