Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta’ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka),sayangilah/kasilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian.”

(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Rabu, 14 Mei 2014

سبحان الله : Bacaan Doa yang Menyentuh Hati [Video]



Dengan Nama Alla yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Segala Puji bagi Allah Tuhan Pemerintah Alam...
Selawat dan Salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul...
Dan keluarganya dan para sahabat kesleuruhannya...

Wahai Tuhan kami,berilah rahmat dan kesejahteraan ke atas
penghulu kami....

Nabi Muhammad S.A.W yang ummi dan atas keluarganya serta
para sahabat...
Wahai Allah...Tuhan Kami...ampunkan dosa-dosa kami...
Ya Allah.. Tuhan Kami.. ampunkan dosa mak ayah kami...
Wahai Allah...Tuhan Kami...ampunkan dosa mak ayah kami...

Andaikata dalam hidup mereka, mereka pernah tingglkan
sembahyang...
Kau ampunkanlah dosa-dosa mereka...
Wahai Allah...ampunkan dosa mak ayah kami...
Andai diantara mereka pernah tinggalkan puasa...
Kau ampunkanlah dosa-dosa mereka...
Wahai Allah Tuhan Kami...

Kami pernah dengar ada orang mak ayah yang ditakdirkan masuk
neraka...
Tapi disebabkan oleh anak2 mereka yang soleh..

Engkau selamatkan 
mereka dari neraka...
Dan masukkan mereka ke dalam syurga...
Wahai Allah Tuhan kami... kami bukanlah anak yang soleh...
Tapi kami nak supaya mak ayah kami masuk syurga...
Wahai Allah...ampunkan dosa kami semua...

Wahai Allah Tuhan kami...ampunkan dosa semua orang Islam
dalam dunia ini...
Wahai Allah...ampunkan dosa semua orang Islam dalam dunia ini...

Wahai Allah Tuhan kami...yang sedang mendengar doa kami..
ampunkan dosa kami semua...
Ya Allah... kehidupan kami berlalu hari demi hari...

Setiap nikmat dan kebaikan yang Kau beri kepada kami tidak
berhenti-henti..
Tapi wahai Allah... betapa zalim dan berdosanya kami..
Kami telah jauh dari perintah2 Mu..
Ya Allah ampunkan dosa kami...

Berilah hati kami sentiasa bersyukur kepada nikmat yang
diKau berikan kepada kami..

Wahai Allah.. Tuhan yang tak berhenti berbuat baik pada
kami...
Maafkan kami semua.. maafkan semua orang Islam..
Kami bertaubat pada dosa-dosa kami..
Ya Allah .. Tuhan kami.. maafkan kami...

Kami  tahu tak ada
yang mengasihi kami...lebih daripada seperti 
Engkau mengasihi kami...
Wahai Allah...

Kami  tahu tak ada
yang mencintai kami dan menyayangi  kami
lebih daripada Kau mencintai dan menyayangi 
kami...

Wahai Allah.. tapi kami begitu berdosa dan zalim..dalam hati
kami.. kami tak tahu..

Kami tak mampu nak paksa hati kami untuk datang dan
mengingati Mu..

Wahai Allah... hati kami belum benar2 mencintai MU dalam
hati kami...
Ampunkan dosa kami semua..
Ya Allah..banyak masa dan nikmat yang Kau beri  pada kami...
Kami tak tahu berapa banyak masa lagi yang kami perlukan..

Sedangkan dah habis separuh hidup  kami... tapi kami masih belum dekat kepada
Mu..

Wahai Allah.. kami terlupa sudah separuh usia kami
berlalu...atau mungkin ini hujung usia kami..

Tapi wahai Allah.. hati kami masih belum benar2 mengingati
Mu..
Wahai Allah Tuhan kami.. maafkanlah kami semua...
Ya Allah maafkanlah semua orang Islam...
Campakkanlah kasih sayang dikalangan hati-hati orang Islam..

Wahai Allah...Nabi kami tak tidur malam menangis untuk
kami...
Wahai Allah...Nabi kami kelaparan tiga hari demi kami...

Demi ummat ini... demi agama ini... anak-anak nabi
berkorban..

Wahai Allah.. tapi wahai Allah.. mereka semua berkorban demi
agama ini...

Wahai Allah...kami tidur lena.. suadara2 kami dalam keadaan
dibunuh diseluruh dunia..

Wahai Allah.. kami tidur lena.. sedang saudara2 kami
meninggalkan amalam agama..

Wahai Allah...kami tidur lena..sedangkan sunnah nabi
dikebumikan sendiri oleh orang Islam..

Wahai Allah.. kami tidur lena.. sedang saudara2 kami
meninggalkan amalam agama..

Wahai Allah...kami tidur lena..sedangkan sunnah nabi
dikebumikan sendiri oleh orang Islam..

Wahai Allah...kesianlah saudara2 kami...kami sayang mereka
kerana Mu..
Ya Allah, terimalah kami,mak ayah kami isteri anak2 kami..
Kau pimpin dan pelihara mereka...selamatkanlah umat ini...

Wahai Allah mana2 manusia yang jauh daripada agama ini...
Kau beri dekat mereka pada agama ini...
Wahai Allah...orang yang tak pernah sembahyang...

Kau kesianlah kepada mereka...untuk beri  hidayah 
mereka  untuk sembahyang...

Wahai Allah...wahai Allah.. kami hidup..usia kami
berlalu..tapi kami tak dekat pada Mu..

Wahai Allah.. kami ta tahu nak buat apa pada anak2 muda
kami...
Wahai Allah..banyak maksiat melanda umat ini...

Wahai Allah.. Kemungkaran dan fitnah atas agama ini datang
demi satu..satu...

Wahai Allah..wahai Allah.. kita dah datang...dakyah2 orang
bukan Islam datang...
Tapi kami tak buat apa2 untuk agama ini...

Wahai Allah..anak muda kami...sedang habiskan hidup mereka
dengan dosa dan maksiat...
Ya Allah..tunjukan kami apa yang kami patut buat...
Wahai Allah... tunjukan kami apa yang kami patut buat...
Wahai Allah... tunjukan kami apa yang kami patut buat...
Wahai Allah...anak2 kami Kau selamatlah mereka...

Kalau  kami mati hari
ini...kami tak tahu apa nasib kami...
Wahai Allah...anak2 kami tak tau apa nasib mereka..
Wahai Allah..selamatkanlah anak2 kami...
Wahai Allah selamatkan umat ini..
Wahai Allah..kasihanilah kami...kasihanilah umat ini...
Wahai Allah satukanlah hati2 orang Islam....

Campakkanlah kasih sayang dikalangan kami semua orang Islam
didalam dunia ini..

Selasa, 13 Mei 2014

Mencari 'Saudara' di Sabah - Ustaz Mohd Fadli Yusof





12 Mei: Ceramah mengenai misi kumpulan Kembara Syahadah menempuh perjalanan jauh sehingga ke pendalaman Sabah telah disampaikan oleh ketuanya iaitu Ustaz Mohd Fadli Yusof malam tadi.

Kehadiran agak memberangsangkan di Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh untuk mendengar pengalaman serta ilmu-ilmu dalam menyampaikan dakwah kepada yang belum Islam.

Program anjuran bersama Surau Al-Ehsan dan NGO Tautan Rahmat Perak ini merupakan salah satu daripada siri-siri ceramah yang disusun atur oleh Tautan Rahmat Perak untuk Ustaz Mohd Fadli di negeri Perak.

Semoga program ilmiah seperti ini akan berterusan mendapat tempat di hati kita semua.- Sumber Blog Ajijoi




Sebelum itu pada 10 dan 11 mei program anjuran Tautan Rahmat ini juga diadakan di Surau Hidayah Jebong Aman Simpang Taiping,Masjid Tinggi Bagan Serai dan Surat At-Taqwa Jalan Kuala Gula Selingsing.



FB Ustaz Fadli




Isnin, 5 Mei 2014

Video: Mengapa perlu malu amalkan sunnah menyimpan janggut..???



Nabi  S.A.W menangis kerana kamu
Dipukul kerana kamu
Dipulau kerana kamu
Disakiti kerana kamu
Diceraikan anak perempuanya sebab kamu
Adapun kamu berasa malu dengan sunnah baginda S.A.W
Kamu malu untuk menzahirkan sunnah (Baginda S.A.W)
Kamu malu kalau sesiapa bertanya
Apa yang kamu lakukan..?
Kamu malu untuk menyimpan janggut
Berpakaian singkat (Sunnah Baginda)
Berjalan seperti jalannya baginda S.A.W
Berkata seperti kata-kata baginda S.A.W
Menghafal hadis-hadis baginda S.A.W
Memuji perwatakan dan sifat baginda dikalangan orang bukan Islam
Kita malu untuk menyeru kepada Islam seperti mana nabi
Malu untuk member peringatan manusia sepertimana nabi mengingatkan manusia kepada Allah
Kita malu daripada menyeru manusia untuk mengikut sunnah nabi
Kita malu dengan sunnah nabi S.A.W yang mana baginda hamper dibunuh berkali-kali disebabkan kamu
Hakikatnya baginda meninggalkan dunia ini (Wafat) dibunuh dengan bias racun
Keatasnya selawat dan salam
Kerana kamu.!
Kerana Kamu..!
Ketika hendak meninggalkan dunia ini (Wafat) baginda menangis
Lalu ditanyakan, “Kenapa engkau menangis Ya Rasulullah..? “
Baginda menjawap,”Aku berharap kalau aku dapat melihat saudara-saudaraku”
Baginda bercita-cita untuk melihat kamu.!
Tetapi alangkah malunya baginda
Bilamana baginda melihat aku,engkau dan kita semua membuang sunnah baginda dibawah telapak kaki kita.!
Kita merasa janggal untuk melakukan sunnah baginda di khalayak ramai
Kita malu untuk memuji baginda dihadapan manusia
Sebaliknya kita menghiaskan diri dan berbanggan dengan sunnah orang kafir
Dan kita memandang cara mereka (orang Kafir) lebih baik dihati kita dan sempurna dimata kita berbanding sunnah nabi S.A.W
Sesetengah manusia wahai saudaraku yang  dimuliakan
Bila kita berbicara bab janggut contohnya mereka akan berkata “ Wahai Syeikh benda ini hanyalah sunnah”. Baiklah aku akan beritahu kamu apa itu sunnah…
Sunnah..!
Tapi kenapa ada sebilangan pemuda
Meletakan gambar seseorang pada baju mereka yang aku tidak mahu sebut namanya dalam rumah Allah ini
Bila aku bertanya kepada mereka,”Kenapa kamu letak gambar orang ini (Che Guevara) pada baju kamu..?”
Maka dijawap,”Wahai Syeikh,dia ini adalah lambang kebebasan”
Ya betul dia lambang kebebasan, bahkan dia juga lambang penzina dan lambang peminum arak
Maka kamu berasa bangga dengannya
Akan tetapi mengapa kamu tidak merasa bangga dengan sunnah nabi S.A.W ?
Kenapa kamu tidak menyimpan janggut,,?? Sebab nanti akan ada yang bertanya mengapa kamu menyimpan janggut..??
Nanti kamu boleh berkata (Janggut) inilah lambang kebebasan dan kemulian
Juga lambang sunnah baginda MUHAMMAD BIN ABDULLAH S.A.W

.................................... 
 Rasulullah S.A.W bersabda,
فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
“Barang siapa berpaling dari Sunnahku, dia bukan dari golonganku.” (HR. al-Bukhari )