Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta’ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka),sayangilah/kasilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian.”

(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Jumaat, 21 Februari 2014

AL-QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN

AL QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN (HADIS)
عَن أَبِى هُرَيْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ عَنِ النَّبِىِّ  صلى الله عليه وسلم  قَالَ : تـَرَكْتُ  فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ  لَنْ تَضِلُّوا مَا  إِنْ تَمَسَّكُمْ  بِهِمَا : كِتَابُ الله وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Ertinya : Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW bersabda; Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah nabinya.

BERPEGANG TEGUH KEPADA AL QURAN DAN HADIS
  • ·     Kedua-dua al Quran dan hadis merupakan sumber hukum utama dalam menentukan hukum
  • ·     Seluruh umat islam wajib berpegang teguh dengan al Quran dan hadis
SEBAB PERLU BERPEGANG TEGUH DENGAN AL QURAN DAN HADIS
  • ·     Keduanya merupakan sumber hukum
  • ·     Kita akan selamat dunia dan akhirat
  • ·     Akan memiliki akhlak yang mulia
  • ·     Akan berjaya hidup di dunia dan akhirat
  • ·     Supaya tetap dalam iman 
AKIBAT MENOLAK DAN MEMPERSENDAKAN AL QURAN DAN HADIS
  • ·     Terkeluar dari Islam
  • ·     Setiap amalan baik tidak diterima oleh Allah
  • ·     Penyakit sosial berleluasa dalam masyarakat
  • ·     Umat Islam akan berpecah belah
  • ·     Hilang berkat hidup dan terputus rahmat Allah
  • ·     Tidak memperolehi hidayah daripada Allah
USAHA UNTUK MEMAHAMI AL QURAN DAN HADIS
  • ·     Berusaha membaca kedua-duanya dengan bacaan yang betul
  • ·     Mengkaji ilmu yang berkaitan dengan al Quran dan hadis
  • ·     Memahami tafsir dan huraiannya
  • ·     Belajar dengan guru yang alim dalam bidang keduanya.
PENGAJARAN HADIS
  • ·     Al Quran dan hadis penduan utama umat Islam
  • ·     Mukmin yang berpegang dengan ajaran al Quran dan hadis dijamin tidak akan sesat
  • ·     Menolak dan mempersendakan ajaran al Quran dan hadis akan membatalkan iman
  • ·    Kita hendaklah  mencintai al Quran dengan membacanya selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan