KISAH
SEORANG ABANG DAN ADIK.
KEDUA-DUANYA
ANAK YATIM MISKIN.
MEREKA
MENGINAP DI RUMAH PUSAKA PENINGGALAN. KEDUA IBU BAPA MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH
YANG SOLEH.
SI ABANG,
SABAN HARI BERDOA AGAR ALLAH MENGUBAH NASIB HIDUPNYA.
DIA
MEMINTA DIPERTEMUKAN DENGAN ISTERI YANG CANTIK LAGI KAYA.
DAN
MEMINTA KEPADA ALLAH AGAR DIRINYA KAYA RAYA HIDUP MEWAH.
SI ADIK
PULA, BUTA
HURUF. TIDAK SEPERTI ABANGNYA,
DIA
MEMBACA DOA PUN DENGAN MELIHAT KERTAS TERINSUT-INSUT MEMBACA.
SEBELUM
BAPANYA MATI, DIA PERNAH MEMINTA BAPANYA MENULIS SESUATU DI ATAS KERTAS DAN
KERTAS ITU SERING DIPEGANGNYA SETIAP KALI BERDOA.
DIPENDEKKAN
CERITA, AKHIRNYA,
ALLAH
MEMPERTEMUKAN SEORANG PEREMPUAN YANG CANTIK LAGI KAYA DENGAN ABANGNYA.
LANTAS
BERKAHWIN DAN SI ABANG
SEPERTI MENDAPAT DURIAN RUNTUH DAN KEHIDUPANNYA TERUS BERUBAH. DIA
KELUAR DARI RUMAH PUSAKA,
DAN
MENINGGALKAN ADIKNYA.
SI ABANG
AKHIRNYA KAYA RAYA, MALAH TERUS KAYA APABILA DIA MEMASUKI MEDAN BISNES.DIA SUDAH
MULA ALPA DENGAN ALLAH,MELEWAT-LEWATKAN
SOLAH, JARANG MEMBACA AL-QURAN,TAPI TIDAK PERNAH LALAI UNTUK MEMINTA KEKAYAAN
DARIPADA ALLAH.
KALAU
MASUK DALAM BAB PERNIAGAAN, KEKAYAAN DUNIA, MAKA BERBONDONG-BONDONG DOANYA
KEPADA ALLAH DAN
AJAIBNYA,SEPERTI ALLAH BERI APA YANG DIA MINTA.
SI ABANG
RASA DIA ISTIMEWA.
SI ADIK
PULA, HIDUPNYA TIDAK BERUBAH.
DIA MASIH
SEORANG SEDERHANA,DENGAN
KELEMAHANNYA SEBAGAI SEORANG BUTA HURUF.
DIA
HANNYA MENDAPAT KERJAYA SEDERHANA,TERUS
MENJAGA RUMAH PUSAKA.
SI ADIK,
JUGA RAJIN BERDOA.
SI ABANG
TAHU, SI ADIK RAJIN BERDOA.
TAPI SI
ABANG MELIHAT, HIDUP ADIKNYA TIDAK BERUBAH-UBAH.
LANTAS
SATU HARI, KETIKA SI ABANG MENZIARAHI ADIKNYA,
SI ABANG
BERKATA DENGAN RIAK:
“KAU KENA
BERDOA KUAT LAGI...TENGOK AKU, BERDOA JE ALLAH MAKBULKAN,KAU NI TAK CUKUP HAMPIR DENGAN ALLAH NI.BERDOA PUN MASIH TENGOK-TENGOK KERTAS...TAK CUKUP HEBAT.”
SI ADIK
TERSENYUM SAHAJA HANYA TERSENYUM SUKA
ABANGNYA MENEGUR KERANA PADANYA,TEGURAN
ABANG AMAT BERMAKNA.
SI ADIK
TERUS HIDUP SEDERHANA, DI DALAM
RUMAH PUSAKA, DENGAN DOA MELIHAT KERTAS SABAN HARI, DAN
KEHIDUPANNYA TETAP TIDAK BERUBAH.
TIDAK
MENJADI KAYA SEPERTI ABANG.
DITAKDIRKAN......
SI ADIK
MENINGGAL DUNIA. KETIKA SI ABANG MENGEMAS-KEMAS RUMAH PUSAKA,
DIA
BERJUMPA SATU KERTAS. KERTAS ITU ADALAH KERTAS YANG ADIKNYA SERING PEGANG
KETIKA BERDOA.
SI ABANG
MENANGIS TERESAK-ESAK APABILA MEMBACA KERTAS KECIL ITU.
KERTAS
ITU TERTULIS: “YA
ALLAH, MAKBULKAN LAH SEGALA DOA ABANG AKU”
MASYAALLAH…
KEBESARA ILLAHI.
SI ABANG
MULA MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ADIKNYA.
ADIKNYA
KEKAL TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MERINGAN-RINGANKAN URUSANNYA DENGAN ALLAH
SWT.
ADIKNYA,
SEDIKIT PUN TIDAK MEMINTA DUNIA KEPADA ALLAH,
MALAH
TIDAK MEMINTA APA-APA UNTUK DIRINYA.
TETAPI
ADIKNYA MEMINTA AGAR SEGALA DOA SI ABANG DIMAKBULKAN.
SI ABANG,
TIDAK PERNAH SEDIKIT PUN MENDOAKAN SI ADIK.
SI ABANG
MULA TERSEDAR,
RUPANYA,BUKAN DOA
DIA YANG MAKBUL. TETAPI DOA ADIKNYA TELAH DITERIMA DAN DI MAKBUL OLEH ALLAH
SWT.
Sumber dari Sahabat (WhatsApp)
.........................................
CERITA
INI MERUNTUN HATI SAYA,DAN BUAT
SAYA SENTIASA BERFIKIR PANJANG.KADANG-KADANG
KITA, BILA ALLAH REALISASIKAN HAJAT KITA,
KITA SUKA
MENGIMBAU USAHA-USAHA KITA.
"AKU
BUAT BEGINILAH YANG JADI BEGINI."
"DOA
AKU MAKBUL!"
"AKU
NI MEMANG ALLAH SAYANG. TENGOK, SEMUA BENDA ALLAH BAGI. AKU MINTA JE PUN."
TANPA
SEDAR KITA BONGKAK. TAKABBUR.
SEDANGKAN,KITA TAK
TAHU, MUNGKIN YANG MAKBUL ITU ADALAH DOA IBU BAPA KITA,DOA ADIK
BERADIK KITA,DOA
SAHABAT-SAHABAT KITA.BUKANNYA
DOA KITA.
CERITA
ITU SANGAT MENYENTUH HATI SAYA.MEMBUATKAN
SETIAP KALI SAYA BERDOA,SAYA
TIDAK LUPA MENDOAKAN IBU BAPA SAYA,GURU-GURU
SAYA,KELUARGA SAYA,ADIK
BERADIK SAYA, SAHABAT-SAHABAT KARIB SAYA,
YANG
TERAMAT AKRAB.
SAYA
SEBUTKAN NAMANYA AGAR LEBIH MERASAI BAHAWA SAYA MEMERLUKAN MEREKA MENDOAKAN
SAYA JUGA.KITA INI
BANYAK DOSA. TERHIJAB.MUNGKIN DOA ORANG LAIN YANG LEBIH BERSIH HATINYA,LEBIH
SUCI JIWANYA YANG MAKBUL,MENYEBABKAN
RAHMAT ALLAH TUMPAH PADA DIRI KITA.
SEBAB ITU
JANGANLAH BERLAGAK.
JANGAN
TINGGI DIRI.
JANGAN
RASA DOA KITALAH YANG MAKBUL.
PULANGKAN
SEMUANYA KEPADA ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan