Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta’ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka),sayangilah/kasilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian.”

(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Isnin, 14 April 2014

Zikir juga satu pembaziran jika......

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]

Malah dalam teks sebenar ini sifat membazir itu amat hina se
hingga ALLAH mempersaudarakan orang yang membazir itu dengan syaitan.
Tapi, kenapa antara sifat2 mazmumah yang ada, sifat membazir jugak yang menjadikan seseorang saudara syaitan? Tidak lain dan tidak bukan dalam diri orang yang membazir itu ada perasaan takabbur kerana tidaklah seseorang itu membazir melainkan dia merasakan dirinya punya kelebihan. Dan sesu
ngguhnya sifat takabbur itu juga ada pada syaitan.
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka 
sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir."
[Surah al-Baqarah : 34]
Tidaklah ALLAH menghukum iblis itu kerana dia melakukan kesalahan. Nabi Adam a.s juga melakukan kesalahan ketika memakan buah dari pohon terlarang di syurga namun kerana sifat TAKABBUR yang ada pada iblis; merasai dirinya LEBIH dari yang lain, maka ia dihukum. Namun samada sesorang itu takabbur atau tidak, ALLAH jualah yang lebih mengetahui..

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa ta
kabbur"
[Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah s.w.t.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah s.w.t.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu mem
bazir jika tidak memberi kesan kepada hati. (contohnya: berzikir dengan penuh riak menunjuk-nunjuk,berzikir lebih kepada hiburan duniawi dengan irama paluan gendang atau alat muzik ,zikir dengan terjerit-jerit tanpa sebarang faedah dan sebagainya)


Adab dan Syarat Zikir

Berkata Syeikh Ali Al-Marshafi RA di dalam kitabnya Manhajus-Salik. Terdapat banyak adab dan syarat zikir, antara yang terpenting ialah:

1. Bertaubat terlebih dahulu
Iaitu dengan menepati segala rukun taubat dan menampakkan diri semacam penyesalan yang sungguh-sungguh.

2. Menyelesaikan fardhu terlebih dahulu
Fardhu diibaratkan pokok sedangkan zikir adalah bajanya. Apa yang mahu dibaja sedangkan pokoknya tiada.

3. Melazimkan diri dalam kesucian
Iaitu bermandi dan berwudhuk serta menghadap kiblat.

4. Hendaklah menyimpan harapan yang baik di dalam hati ketika memulakan zikir
Jangan meragukan bahawa Allah tidak menerimanya.

5. Duduk berzikir di tempat yang bersih dan suci dari kekotoran
Ini kerana zikir itu menyebut dan mengingati Allah.

6. Mewangikan tempat duduk dan diri semasa berzikir
Ini kerana tempat berzikir itu tidak sepi dari didatangi malaikat dan kaum jin di samping memeriahkan halaqah zikir.

7. Memakai pakaian yang bersih
Agar suasana menjadi nyaman dan tidak mengganggu hidung dan mata orang-orang yang berzikir.

8. Bersikap ikhlas
Membersihkan diri daripada segala macam sifat riak dan keraguan.

9. Hendaklah memilih zikirnya itu dengan lafaz

لا إله إلا الله
Menghormatinya dengan kekuatan yang sempurna dan dengan mengangkat suaranya pada lafaz إلا اللهdari batas pusat ke atas dua belah bahagian dadanya dan melenggokkan kepalanya dari kanan ke kiri (membayangkan pukulan zikrullah ke dalam degupan jantung).

Apa yang Perlu Dilakukan Selepas Berzikir
  1. Berdiam diri sebentar kerana apabila berdiam diri akan khusyuk dan tenteram hatinya.
  2. Hendaklah menarik nafas yang panjang-panjang dan berkali-kali agar mencahayakan hati Bashirah yakni mata hati dan membukakan hijab hati.
  3. Menahan diri dari meminum air sebaik-baik sahaja selepas berzikir kerana zikir itu membakar jiwa. Iaitu menghangatkan tubuh dan menimbulkan kelazatan dan keharuan dalam diri sedangkan meminum air selepas berzikir akan memadamkan semua perasaan tersebut.
Semoga artikal/bahan diatas memberi manfaat kepada kita semua.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan