السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
Di zaman dahulu ada seorang ahli sufi yang bernama As Saturi, pada suatu
hari beliau bersama rakan-rakannya telah dijemput makan oleh seorang kaya yang
kedekut.
Ketika sampai di rumah orang kaya tersebut, hidangan seekor kambing bakar telah tersedia.
Orang kaya yang kedekut tadi pun menjemput As Saturi dan
rakan-rakannya untuk makan dengan harapan mereka hanya makan sedikit sahaja.
Namun sangkaan tuan rumah yang kedekut itu meleset kerana As Saturi makan
dengan bersungguh-sungguh sehinggakan orang kaya kedekut itu sangat bimbang dan
merasa sempit dadanya serta tidak senang melihatnya.
Orang kaya tersebut jenuh memikirkan bagaimanakah caranya untuk menghentikan tetamunya daripada terus menjamah makanan.
Lalu beliau memanggil pelayannya. "Haa pelayan!
pergi angkat sisa makanan untuk hidangan anak-anak didapur." Kata orang
kaya kedekut itu kepada pelayannya.
Apabila mendengar arahan tersebut, para tetamu terus memberhentikan makan mereka.
Hidangan kambing sedap tadi terus diangkat kedapur.
As Saturi yang melihat situasi itu bergegas bangun dan terus mengikut pelayan-pelayan itu ke dapur.
Orang kaya yang kedekut itu bila melihat gelagat
As Saturi terus bertanya kepadanya. "Tuan mahu kemana?" Tanya orang
kaya kedekut.
"Saya mahu makan bersama kanak-kanak didapur." Jawab As Saturi.
Orang
kaya kedekut berasa malu kerana sifat kedekutnya dapat dihidu oleh As Saturi
dan tetamu yang lain.
Akhirnya kambing tersebut dihidangkan semula kepada para tetamu yang lain.
Sifat orang kedekut
1. Hatinya sentiasa resah gelisah.
2. Bimbang nikmat yang diperolehinya terlepas ketangan orang lain.
3. Sentiasa berusaha agar dirinya sahaja yang mendapat nikmat sedangkan
orang lain dilupakan
Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya, ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.
Wallahu A'lam
Ust que s -Tautan Rahmat Perak-
Ust que s -Tautan Rahmat Perak-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan