--------------
Program ini yang bermula dengan sessi taklimat ringkas di Masjid An-Nur Ulu Kinta selepas solat Asar merupakan aktiviti perkenalan (Program Pertama) bagi Tautan Rahmat Perak atas tujuan dakwah Islamiah, ramai warga Tautan Rahmat kali ini dapat merasai pengalaman pertama mengharungi laluan tanah berbukit, kawasan hutan, anak sungai, ladang getah dan ladang kelapa sawit untuk tiba di perkampungan ini yang jaraknya lebih kurang 10 km dari jalan utama menggunakan 5 buah kenderaan pacuan empat roda. Warga Tautan Rahmat Perak telah
![]() |
Ust Samad |
"Seramai 20 warga Tautan Rahmat Perak menyertai program ke perkampungan tersebut bagi menimba pengalaman dan kefahaman tentang kehidupan kebudayaan adat resam dan pemikiran masyarakat Orang Asli terutama yang beragama Islam,dan untuk kali pertama ini pihak kita lebih kepada aspek perkenalan dengan program ini” kata Akmal.
![]() |
Ust Abdul Halim |
Tuatan Rahmat Perak amat bertuah sekali kerana telah dibantu oleh 2 pendakwah (Mubaligh) iaitu Ust Samad dan Ust Abdul Halim yang sudah sekian lama mendampingi Orang Asli di kampung Lalang ini. Turut membantu ialah Tuan Haji Azmi yang sudah lama berpengalaman bersama Orang Asli.
Kampung Lalang adalah salah satu kampung yang terdapat di didalam gugusan Kampung Makmur,diantara kampung berdekatan ialah Kampung Jambu,Kampung Dollah,Kampung Tonggang dan Kampung Kulim. Orang Asli diperkampungan ini adalah dari Suku Temiar.
![]() |
Tok Ketua Wan Strim |
Kampung Lalang yang mempunyai 14 buah rumah serta mempunyai penduduk sekitar 100 orang dan Sdr Wan Strim Bin Alang,30, adalah Ketua Kampung Tersebut.
Kehadiran Tautan Rahmat Perak kali yang pertama ini disambut baik oleh seluruh penduduk Kampung Lalang.
“Dengan adanya berbagai pihak seperti Tautan Rahmat bagi usaha dakwah dalam konsep merapatkan ukhuwah Islamiah yang dijalankan kepada masyarakat Orang Aslisebenarnya amat dinanti-nantikan oleh mereka (Orang Asli),malah program sebegini perlu berterusan dan bukan sekadar menjalinkan ukhuwah,tetapi Orang Asli (Muslim) juga perlukan bimbingan tunjuk ajar berkaitan Islam dalam kehidupan mereka"- Kata Ust Abdul Halim.
Berikut gambar-gambar menarik sekitar program di Kampung Lalang:
![]() |
Taklimat dan berdoa untuk keselamatan program di Masjid An-Nur |
![]() |
Cuaca hujan ketika permulaan perjalanan |
![]() |
Meredah sungai |
![]() |
Anak sungai ini terpaksa dilalui kerana tiada jambatan yang menghubungi ke Kg Lalang dan menjadi laluan utama untuk ke Kg Lalang yang berada diseberang sungai. |
![]() |
Timbalan Pengerusi Tautan Rahmat turut sertai program kali ini |
Alhamdullillah...sudah sampai ke destinasi yang dituju |
![]() |
Warga Tautan Rahmat dibantu penduduk mengangkat barang-barang yang dibawa |
![]() |
*Maduh - maduh....Anak-anak Orang Kampung Lalang turut berlari datang.... |
![]() |
*ie luk gah...??? |
![]() |
MasyaAllah...Adik Moriss turut membantu, tungku masak dibawanya... |
![]() |
Adik Fauzi (Baju Merah) dan kawanya suka sangat dengan kehadiran warga Tautan Rahmat |
![]() |
Ziarah rumah ke rumah dilakukan bagi lebih mengenali Orang Asli Kg Lalang |
![]() |
Mesra: Alang (Gambar kecil) tuan rumah yang sudi menerima kunjungan warga Tautan Rahmat |
![]() |
Ukhuwah Islam itu indah: Tuan Haji Azmi sedang memeriksa tekanan darah Orang Asli |
![]() |
Anak-anak Orang Asli turut solat maghrib berjemaah |
![]() |
Berdoa bersama-sama |
![]() |
Ust Abdul Halim (Baju warna pink) mahir berbahasa suku Temiar sedang berucap |
![]() |
Anak muda Orang Asli Kg Lalang turut datang ke majlis pada sebelah malam |
![]() |
Anak-anak Orang Asli menerima sedikit buah tangan yang dibawa |
![]() |
Setelah memeluk Islam majlis akad nikah dilangsungkan |
![]() |
Alhamdullillah... Ainin dan Hasnisa kini menjadi pasangan Islam suami isteri yang sah "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu" |
![]() |
Warga Tautan Rahmat bergambar dengan pengantin baru.... |
![]() |
*Madoh Cak... A gok seng geing.. Che rok a kal.. |
................
Rasulullah Saw. bersabda,
"إن رجلاً زار أخًا له في قرية أخرى، فأرصد الله تعالى على مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا، فلما أتى عليه، قال: أين تريد؟ قال: أريد أخًا لي في هذه القرية، قال: هل لك من نعمة تَرُبُّها عليه؟ قال: لا، غير أنني أحببته في الله تعالى، قال: فإني رسول الله إليك أخبرك بأن الله قد أحبَّك كما أحببْتَه فيه"
"Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di tengah perjalanan, Allah mengutus malaikat-Nya. Ketika berjumpa, malaikat bertanya, "Mau kemana?" Orang tersebut menjawab, "Saya mau mengunjungi saudara di desa ini." Malaikat bertanya, "Apakah kau ingin mendapatkan sesuatu keuntungan darinya?" Ia menjawab, "Tidak. Aku mengunjunginya hanya karena aku mencintainya karena Allah." Malaikat pun berkata, "Sungguh utusan Allah yang diutus padamu memberi kabar untukmu, bahwa Allah telah mencintaimu, sebagaimana kau mencintai saudaramu karena-Nya." (HR. Imam Muslim).
...................
* Bahasa Temiar:
Maduh - maduh = mari-mari
ie luk gah = Apa khabar
Madoh Cak = mari makan
A gok seng geing = Jangan malu
Che rok a kal = nanti lapar
ie luk ha thee ell = Apa kamu buat
Hoo ie = Tiada
Chend = Mahu
Cohk = Siapa
Ma = Kamu
Ei = Saya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan