Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta’ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka),sayangilah/kasilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian.”

(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Isnin, 5 Mei 2014

Video: Mengapa perlu malu amalkan sunnah menyimpan janggut..???



Nabi  S.A.W menangis kerana kamu
Dipukul kerana kamu
Dipulau kerana kamu
Disakiti kerana kamu
Diceraikan anak perempuanya sebab kamu
Adapun kamu berasa malu dengan sunnah baginda S.A.W
Kamu malu untuk menzahirkan sunnah (Baginda S.A.W)
Kamu malu kalau sesiapa bertanya
Apa yang kamu lakukan..?
Kamu malu untuk menyimpan janggut
Berpakaian singkat (Sunnah Baginda)
Berjalan seperti jalannya baginda S.A.W
Berkata seperti kata-kata baginda S.A.W
Menghafal hadis-hadis baginda S.A.W
Memuji perwatakan dan sifat baginda dikalangan orang bukan Islam
Kita malu untuk menyeru kepada Islam seperti mana nabi
Malu untuk member peringatan manusia sepertimana nabi mengingatkan manusia kepada Allah
Kita malu daripada menyeru manusia untuk mengikut sunnah nabi
Kita malu dengan sunnah nabi S.A.W yang mana baginda hamper dibunuh berkali-kali disebabkan kamu
Hakikatnya baginda meninggalkan dunia ini (Wafat) dibunuh dengan bias racun
Keatasnya selawat dan salam
Kerana kamu.!
Kerana Kamu..!
Ketika hendak meninggalkan dunia ini (Wafat) baginda menangis
Lalu ditanyakan, “Kenapa engkau menangis Ya Rasulullah..? “
Baginda menjawap,”Aku berharap kalau aku dapat melihat saudara-saudaraku”
Baginda bercita-cita untuk melihat kamu.!
Tetapi alangkah malunya baginda
Bilamana baginda melihat aku,engkau dan kita semua membuang sunnah baginda dibawah telapak kaki kita.!
Kita merasa janggal untuk melakukan sunnah baginda di khalayak ramai
Kita malu untuk memuji baginda dihadapan manusia
Sebaliknya kita menghiaskan diri dan berbanggan dengan sunnah orang kafir
Dan kita memandang cara mereka (orang Kafir) lebih baik dihati kita dan sempurna dimata kita berbanding sunnah nabi S.A.W
Sesetengah manusia wahai saudaraku yang  dimuliakan
Bila kita berbicara bab janggut contohnya mereka akan berkata “ Wahai Syeikh benda ini hanyalah sunnah”. Baiklah aku akan beritahu kamu apa itu sunnah…
Sunnah..!
Tapi kenapa ada sebilangan pemuda
Meletakan gambar seseorang pada baju mereka yang aku tidak mahu sebut namanya dalam rumah Allah ini
Bila aku bertanya kepada mereka,”Kenapa kamu letak gambar orang ini (Che Guevara) pada baju kamu..?”
Maka dijawap,”Wahai Syeikh,dia ini adalah lambang kebebasan”
Ya betul dia lambang kebebasan, bahkan dia juga lambang penzina dan lambang peminum arak
Maka kamu berasa bangga dengannya
Akan tetapi mengapa kamu tidak merasa bangga dengan sunnah nabi S.A.W ?
Kenapa kamu tidak menyimpan janggut,,?? Sebab nanti akan ada yang bertanya mengapa kamu menyimpan janggut..??
Nanti kamu boleh berkata (Janggut) inilah lambang kebebasan dan kemulian
Juga lambang sunnah baginda MUHAMMAD BIN ABDULLAH S.A.W

.................................... 
 Rasulullah S.A.W bersabda,
فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
“Barang siapa berpaling dari Sunnahku, dia bukan dari golonganku.” (HR. al-Bukhari )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan