12 Mei: Ceramah mengenai misi kumpulan Kembara Syahadah menempuh perjalanan jauh sehingga ke pendalaman Sabah telah disampaikan oleh ketuanya iaitu Ustaz Mohd Fadli Yusof malam tadi.
Kehadiran agak memberangsangkan di Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh untuk mendengar pengalaman serta ilmu-ilmu dalam menyampaikan dakwah kepada yang belum Islam.
Program anjuran bersama Surau Al-Ehsan dan NGO Tautan Rahmat Perak ini merupakan salah satu daripada siri-siri ceramah yang disusun atur oleh Tautan Rahmat Perak untuk Ustaz Mohd Fadli di negeri Perak.
Semoga program ilmiah seperti ini akan berterusan mendapat tempat di hati kita semua.- Sumber Blog Ajijoi
Sebelum itu pada 10 dan 11 mei program anjuran Tautan Rahmat ini juga diadakan di Surau Hidayah Jebong Aman Simpang Taiping,Masjid Tinggi Bagan Serai dan Surat At-Taqwa Jalan Kuala Gula Selingsing.
![]() |
FB Ustaz Fadli |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan