Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta’ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka),sayangilah/kasilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian.”

(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Ahad, 23 Mac 2014

Wahid Senario bersama jayakan program "Street Dakwah" di Taman Tasek Taiping

Siapa lagi yang lebih mulia perkataan dan tindakannya melainkan mereka yang turun ke medan untuk menyeru atau mengajak ummat manusia kembali ke jalan Allah swt. Selain daripada ia adalah sunnah Rasulillah s.a.w, ia juga merupakan wahyu dari Allah swt. Firman Allah swt:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru (berdakwah) kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah kepada Allah)!" (Surah Fussilat: 33)
--------------
23 Mac 2014 : Taman Tasek Taiping -- Berlangsung sebuah program sulung bagi "Tautan Rahmat Perak"

Program pertama ini yang bertajuk "Mudahnya Solat" telah mendapat sambut amat mengalakan dari para pengunjung Taman Tasek Taiping yang sememangnya menjadi lokasi riadah orang ramai terutamanya pada hari minggu khususnya pada musim cuti sekolah.

Wahid Senario
Tautan Rahmat Perak mengambil kesempatan awal cuti persekolahan ini dengan mengadakan program sebegini untuk menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai dilapangan awam.

Program yang bermula jam 0345 petang ini dimeriahkan dengan kehadiran seorang artis popular tanahair iaitu Abdul Wahid b. Mohd atau lebih dikenali Wahid Senario (38).  Selain Wahid Senario pihak penganjur program juga menampil seorang ikon jemputan Ust Huri yang pandai bermain gitar hadir ke program ini.

Bermula dengan acara santai dengan persembahan Ust Huri bermain gitar sambil menyanyi bersama Wahid Senario,acara disusuli dengan ucapan ringkas oleh Wahid dan pengerusi Tuatan Rahmat Perak  mengenai mudahnya solat kepada orang ramai dan apabila waktu solat asar program diteruskan dengan solat asar berjemaah dipadang berhampiran.

Sebelum itu penerangan mengenai mengambil wuduk dengan mengunakan air botol mineral 500ml di terangkan kepada orang ramai. Alhamdullilah...ramai yang menyertai solat berjemaah dipadang Taman Tasek dengan mengambil wuduk mengunakan air botol mineral 500ml.

Selesai solat para sukarelawan Tuatan Rahmat bersama Wahid Senario bersama-sama mengedarkan risalah sekitar Taman Tasek  berkaitan solat kepada orang ramai.

Berikut gambar-gambar sekitar program Street Dakwah Taiping:
Pengerusi Tautan Rahmat Perak Ust Fakharuddin (Baju hitam) bersama Wahid Senario dan Ust Huri (Bermain gitar)
Orang ramai menyaksikan persembahan santai Wahid Senario dan Ust Huri
Kelihatan pasangan pengantin turut menyapa Wahid Senario dilokasi
Street Dakwah: Gandingan artis dan ustaz
Pengerusi Tauatan Rahmat Perak bersama seorang sukarelawan menunjukan cara ambil wuduk dengan air botol mineral 500ml
Anak muda ambil wuduk dengan hanya air mineral 500ml
Seorang bapa memerhatikan anaknya berwuduk dengan air botol mineral 500ml
Mat Motor tidak ketinggalan berwuduk dengan air mineral 500ml
Solat Asar di padang Taman Tasek Taiping
Mudahnya Solat
Anak siapakah ini...??? Tersentuh melihat anak sekecil ini dilatih bersolat...
Kaum Hawa tidak ketinggalan bersolat asar berjemaah
Wahid bersama anak-anak bersolat jamak qasar ditengah padang Taman Tasek
Wahid mengedarkan risalah Tautan Rahmat berkaitan solat kepada pengunjung Taman Tasek Taiping
"Risalah bang...baca yer..."- Wahid
Ada pengujung Taman Tasek ada yang macam tak percaya Wahid datang menyapa dan memberi risalah
Seorang pelancong dari Republic Czech turut disapa Wahid Senario
Bergerak ke padang mainan kanak-kanak berhampiran McD
yang dalam kereta pun Wahid bagi risalah
"Dik..ni risalah pasal solat..baca ye..." - Wahid
Menyampaikan dakwah dimana saja..
Terbaik..!!! Semua kenderaan yang lalu..Wahid akan bagi risalah...
Semoga mesej dakwah ini diberkati Allah
Brother-brother yang bersantai turut menerima risalah dakwah solat
Kehadiran Wahid di Taman Tasek dengan mengedarkan risalah memang tidak dijangka pengunjung
"Apa khabor bang...ini ada risalah dakwah sikit,baca ye.."

Sekeluarga bersantai...
Pak Cik Sekeluarga ini dari Simpang Taiping..suka mereka dengan kehadiran Wahid
Risalah dan Keropok: Pose menarik dari Wahid dan pengunjung Taman Tasek... 
Abang pekerja Taman Tasek pun dapat Risalah
"Ini hanya risalah berkaitan solat bang..." - Wahid
-----------------------
Dakwah dianjurkan oleh Allah swt kepada seluruh hambaNya untuk menyelamatkan ummah yang leka dan lalai. Ia mempunyai methodologi tersendiri dan approach yang pelbagai. Namun Allah swt mengajar kita agar lunaskan tanggungjawab dakwah dengan penuh kebijaksanaan. Firman Allah swt:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah An Nahl: 125)

InysyaAllah...Tautan Rahmat Perak akan turun ke-arena lapangan dilokasi berlainan dilain masa dengan izin Allah.

Wallahualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan