Siapa lagi yang lebih mulia perkataan dan tindakannya melainkan mereka yang turun ke medan untuk menyeru atau mengajak ummat manusia kembali ke jalan Allah swt. Selain daripada ia adalah sunnah Rasulillah s.a.w, ia juga merupakan wahyu dari Allah swt. Firman Allah swt:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru (berdakwah) kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah kepada Allah)!" (Surah Fussilat: 33)
--------------
23 Mac 2014 : Taman Tasek Taiping -- Berlangsung sebuah program sulung bagi "Tautan Rahmat Perak".
Program pertama ini yang bertajuk "Mudahnya Solat" telah mendapat sambut amat mengalakan dari para pengunjung Taman Tasek Taiping yang sememangnya menjadi lokasi riadah orang ramai terutamanya pada hari minggu khususnya pada musim cuti sekolah.
 |
| Wahid Senario |
Tautan Rahmat Perak mengambil kesempatan awal cuti persekolahan ini dengan mengadakan program sebegini untuk menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai dilapangan awam.
Program yang bermula jam 0345 petang ini dimeriahkan dengan kehadiran seorang artis popular tanahair iaitu Abdul Wahid b. Mohd atau lebih dikenali Wahid Senario (38). Selain Wahid Senario pihak penganjur program juga menampil seorang ikon jemputan Ust Huri yang pandai bermain gitar hadir ke program ini.
Bermula dengan acara santai dengan persembahan Ust Huri bermain gitar sambil menyanyi bersama Wahid Senario,acara disusuli dengan ucapan ringkas oleh Wahid dan pengerusi Tuatan Rahmat Perak mengenai mudahnya solat kepada orang ramai dan apabila waktu solat asar program diteruskan dengan solat asar berjemaah dipadang berhampiran.
Sebelum itu penerangan mengenai mengambil wuduk dengan mengunakan air botol mineral 500ml di terangkan kepada orang ramai. Alhamdullilah...ramai yang menyertai solat berjemaah dipadang Taman Tasek dengan mengambil wuduk mengunakan air botol mineral 500ml.
Selesai solat para sukarelawan Tuatan Rahmat bersama Wahid Senario bersama-sama mengedarkan risalah sekitar Taman Tasek berkaitan solat kepada orang ramai.
Berikut gambar-gambar sekitar program Street Dakwah Taiping:
InysyaAllah...Tautan Rahmat Perak akan turun ke-arena lapangan dilokasi berlainan dilain masa dengan izin Allah.
Wallahualam....